KBBA9

Khamis, 17 Mac 2016

Oh Janna Nick


Mungkin saja..
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku..



heheheh...terngiang-ngiang suara Janna Nick ni.. awal-awal tengok dia berlakon dulu time bulan puasa lepas.. Syurga Nur. Comei gila muka dia.. huhu..mula la usha instagram dia,pastu tangkap lentok kejap tgk cara dia yang sempoi...fuhhh..


Okeh...konon petang ni nak buat final project aku la... last-last terbabass.. tangan mula nak menconteng pulak. So aku lukis Janna nick! kat bawah ni sikit print screen aku lukis tu. Saja share camna aku lukis guna Manga Studio pulak..hehe.. tunjuk camtu je la.. leceh nak buat tutorial bagai.. hahahaha...



Bahan-bahan yang perlu ada

Laptop atau Desktop PC
Wacom tablet (tak kesah la apa brand... janji boleh lukis)
Bakat
Kesabaran
Skill...skill..skill...



Step 1: pilih gambo laa...as reference


Step 2: Aku mula melakar. Ambik mana penting je..yang lain-lain aku tambah ikut style aku


Step 3: Fill color...ikut suka je ni.. 


Step 4: Letak tone pulak dan kemasan lain-lain




Dan Hasilnyaa.....



Yeah...buat simple-simple jek.. Ni pun kira nasib la jadi..kadang-kadang tak menjadi jugak aku lukis. Susah sebenarnya nak lukis muka manusia ni.. kena study betol-betol muka orang yang aku nak lukis tu..memandangkan diri tak berapa handal lagi..sebab tu kalo aku melukis,aku suka lukis sorang-sorang..kalo nak lukis live tu tak berani lagi sebab malu la tengok muka orang lama-lama...hahahha


 okeh...nak share kat Janna Nick...harap-harap dia perasan kewujudan lukisan aku ni.. hehehe...




Jumaat, 11 Mac 2016

Tak Puas hati dengan hasil lukisan aku

As salam and hai..hai..re hai...

Hehehe... harini saja nak update rasa tak puas hati aku kat hasil kerja sendiri..
petang jumaat yang panas ni aku tetiba ambik keputusan nak kasi susun folder artwork kat laptop ni. bersepah! hahaha... sakit mata tengok. Tapi ditambah pulak rasa tak best bila tengok drawing yang aku buat dulu... bukan apa. Kadang-kadang aku tengok macam ok. Bila teliti balik.. mesti ada yang tak kena.

Kebanyakan yang aku masih lemah ialah dari segi warna, figura... reaksi muka orang yang aku lukis.. nampak keras lagi. Aku kena selalu study artwork-artwork orang lain yang lagi best supaya tambah semangat aku untuk berkarya... sebab ni je bakat yang aku ada..jadi aku nak guna bakat ni sehabis baik...

Aku suka lukis figure.. jadi jangan rasa pelik pulak kenapa banyak drawing tu aje kat dalam koleksi aku. Katun dah berlambak lukis... no hal bagi aku.. tapi sekarang aku try nak buat style lain sikit...









(eh...macam kenal??)






(macam kenal jugak ni..hmm)











Huh....tak puas hati...grrrrr.. semoga aku dapat asah lagi skill aku ni... oh ya... artwork ni aku lukis guna perisian/ aplikasi photoshop,manga studio ngan guna phone note aku.. ada yang orang order,ada yang aku lukis buat isi masa je tu.. 

Ok...aku nak mula asah pensel tajam-tajam dan mula praktis drawing figure dan lain-lain sekali... harap-harap ada perubahan lagi best kat hasil lukisan aku tak lama lagi. heheheheh...Wish me luck! Yehaaaa!



Selasa, 8 Mac 2016

High Blood Pressure la pulak

As salam and good morning/evening/night korang semua...




Fuh... terkejut. Aku sendiri terkejut ngan apa yang aku kena ni... no wonder la sakit lain macam kali ni.. Panas badan.. pening kepala.. ingat pening biasa. Bila dah terasa teruk sangat. Gigih la pi Pusat Sejahtera Universiti aku ni.. dengan panasnya..bas pun tak ada.. aku tahan je la pening lalok nak pitam tu..jalan kaki sampai ke sana.


Sampai-sampai je kena maki pulak ngan orang kaunter (terima kasih bang..) cakap student punya medical checkup pukul 5:15 petang.. tapi aku dah tak tahan sagat weitt... mana sanggup tunggu lama. Nasib baik la ada sorang lagi brader kaunter ni lepaskan aku jumpa doktor.. sebab aku nampak teruk sangat time tu. Nombor dah dapat,aku pun terus duduk..Sampai giliran aku... aku pelik la kenapa sampai 3 kali orang ni ambak bacaan semua tu.. selalu sekali je. Aku pun teruskan je la...

Pening makin teruk.. Aku tahan lagi... Naik je nombor untuk jumpa doktor pulak..aku terus jalan laju-laju ke bilik Doktor tu..Bila dah  periksa, Doktor tu terus cakap aku kena High Blood Pressure! Haa... ambik.. ni first time kena. Stress ngan final project,tak cukup tido.. ape lagi?? macam-macam fikir.. fikir nak kumpul duit sampingan untuk final year project lagi.. pinjaman berapa la sangat dapat.. nak cakap aku joli? tak la pulak..habis kat makanan je banyak..makan biasa je pun..takde la hipster apa semua tu. First time pegi makan ala-ala kedai hipster pun ngan team KBBA9 aritu... tu pun food review..hehehe.. so jangan ingat student suka sangat joli sana-sini tau...dosaa....haha





So aku kena rest la... harini still pening-pening lagi.. pening dia sampai aku rasa leh gerakkan barang macam citer X-men tu je... hahaha... (sakit sangat) apa-apa pun..semoga aku cepat sembuh...banyak assignment tergendala sebab sakit ni.. satu lagi syukur gak la dapat sakit ni.. reminder kat diri aku jugak.

Ahad, 6 Mac 2016

Stress dah!

As salam dan hai semua...

huh...yess....aku dah mula stress... patut la petang tadi start rasa lain macam...ingatkan perut masuk angin sebab jarang makan..Jarang nak keluar makan sebab panas melampau sampai aku asyik nak duduk dalam bilik asrama je. Benda nak makan ada la sikit.. roti,air semua tu.. Meggi je lama tak makan/jarang makan sebab risau pening kepala pulak nanti.





Haa...nampak.. bukan saja-saja je ni..Aku selalu gak main-main apps dalam phone Samsung Note 4 aku ni.. S Health. Tak pernah dapat stress high.. kali ni dapat pulak. Bagus betul Samsung ni.. memang berbaloi la beli... aku ni kadang-kadang cepat gak stress. Nak-nak pulak dah final year ni.. macam-macam benda fikir. Accurate jugak la S Health ni nilai..huh... Aku tetiba terasa payah ambik grafik ni bila kewangan tak berapa cukup sangat. Phone? pepandai kumpul duit sendiri la dik non oit... jual phone lama..tambah duit sendiri...huhuhu..

Sekarang ni kalo aku bangun or gerak sikit kepala terasa melayang. Better aku tido.. tadi dah mandi dah.. sejuk kejap je...pastu panas balik. cittt...


( stress ngan pening-pening lalat pon sempat ko lukis... hahaha...)

Sabtu, 5 Mac 2016

Aku dan Blogging

As salam dan hai semuaaa....

HAHAHAHA.. kelakar betol.. Blog ni dari tahun 2014 buat. Tapi aku jarang nak update.. satu sebab memang kurang masa nak belek... tambah pulak line internet cam siput kat asrama ni. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh tanya kengkawan macam mana nak handle blog...pffttt... so sorry la kalo ada banyak kurang eh.. hahahaha.. tu la. Dulu taknak ambik tau sangat.. asyik melukis je..dah try ni macam syok la pulak mengarang..haaaa...Tapi takpe.. bak kata Anne Hathaway dalam movie " The Intern" ... Better late than never. Esok lusa aku pandai la biasakan diri... ye dok?? heheheh



Kau Sahabat, Kau Teman

As salam dan hai buat semua...

Hari ni Sabtu..5.3.2016. Tarikh dan hari yang sama aku kehilangan member baik aku zaman Politeknik dulu.. 5.3.2011. Kemalangan jalan raya..kes langgar lari time dia on the way nak balik dari ambil kawan dia kat Hospital.. time tu aku baru je graduate, arwah pulak nak final sem dah..antara kawan yang best pernah aku jumpa dan kesayangan geng-geng kitorang kat politeknik tu.



Last time aku jumpa dia.. aku janji nak belanja dia Big Mac kat McDonald.. sebab aku tak dapat nak lepak ngan dia dan kawan-kawan lain malam sebelum aku graduate tu. Aku pun pelik..sebab dia beriya-iya nak jumpa aku..tak tau pulak tu last time aku akan jumpa kawan aku ni..tak banyak gambar kenangan aku ngan dia. Terkilan gak la.. dia pergi tiba-tiba. Start dari situ aku kenal rapat ngan family arwah. Baik-baik semuanya.. first time jugak aku pergi Labis bila dapat tau dia dah takde..ingat lagi time tu..aku bawak apa benda tah kat dalam bag...tak fikir apa pun.. family arwah bagi aku baju merah yang dalam gambar tu kat aku. Sebab ni baju last aku ingat dia pakai time jumpa kat politeknik tu.. mana-mana aku pergi aku akan bawak dan pakai.

Alhamdulillah..sampai sekarang aku still contact family arwah kawan aku ni. Apa-apa pun.. aku fobia nak bawak motor sebab hal-hal macam ni jugak..bawak pun sopan je. Aku tak nak makan kat McD sebab confirm akan teringat arwah punya. Start dari hal ni jugak aku rajin ajak bergambar ngan kengkawan dan orang yang aku kenal bila berkumpul..sebab nak simpan buat kenangan.

 Aku doakan dia baik-baik je kat sana,. Semoga family aku..sahabat-sahabat aku semua.. terhindar dari sebarang perkara buruk. Aku doakan diorang semua panjang umur dan murah rezeki. Amin...

Al-fatihah buat Ahmad Ridzauddin Bin Zainal.. 






Jumaat, 4 Mac 2016

Kembara KBBA9 di Han Rain forest Resort Pahang

As salam dan hai!

Aku ingat lagi time aku kecik-kecik aku pernah berangan nak camping,buat aktiviti yang melibatkan hutan ni ngan abah aku. Tido sambil layan bintang kat langit..dan macam-macam lagi la. Ala..budak kecik.. macam-macam kot kalo berangan.. siap jumpa pari-pari bagai..hahaha.. tapi walaupun apa yang aku angan tu tak tercapai ngan abah aku tu.. at least, aktiviti yang aku join ngan Team Kelab Blogger Ben Ashaari kat Han Rain Forest Resort Pahang ni sedikit sebanyak buat aku terlonjak seronok sampai rasa nak terbang kat langit...hihihi


Selama 4 hari aku ngan Team KBBA ada kat Han Rain Forest Resort ni.. kat kepala aku terbayang mungkin tempat ni biasa je kot.. tapi takk..selesa habis tempat ni!. Tilam empuk..aircond semua lengkap kat bilik yang dorang sediakan. Kecuali tv je tak ada.. sebab 4 hari kitorang kat sana ngan aktiviti yang dorang sediakan memang takde masa la nak tengok tv. Internet pun susah nak dapat.. memang kita back to basic la bila sampai sini. Bagus gak...takde la berborak sorang-sorang pastu geng-geng lain sibuk hapdet macam-macam kat social media dorang bak zombie kampung pisang patah tengkuk..kepala pun tak pening fikir macam-macam..harharhar.






(terima kasih Team KBBA dan Razzwey untuk gambar resort...  )


Okeh...aktiviti yang ada kat sini banyak.. penat sikit..tapi berbaloi ye geng. Semua aktiviti ni dorang sediakan. Apa-apa hal aku syorkan korang beli la dry bag untuk letak barang-barang eletronik masing-masing kat dalam tu.. kang tak memasal jadi macam sorang geng KBBA si Meera MJ ni..syok layan aktiviti Rapid Shooting tak perasan phone dia dalam poket...rosak terus. ish..


CAMPING PERKAMPUNGAN ORANG ASLI 

Kat sini kitorang berpeluang untuk bermalam / camping di kawasan berdekatan dengan perkampungan orang asli kaum Batek, kampung Dedari. Syok gila.. memang ni yang aku tunggu selama ni. Camping sebelah sungai..heheheh..







TREKKING BUKIT TERISEK

Bukit Terisek atau Teresek. Starting point nampak ok je.. lama-lama mencabar jugak..nasib baik la aku ni jenis pejalan kaki tegar sejak zaman sekolah. So ok la..semput skit je (nak menang gak) time ni la aku ambik kesempatan untuk kenal sikit pokok-pokok yang ada kat sini.









RAPID SHOOTING
(paling tak banyak gambar haha)

Aktiviti ni best! Sampai basah kuyup masing-masing. Aku tak banyak ambik gambar sebab risau phone masuk air. Sebab dalam bot ni nampak je macam rileks, rupa-rupanya ada "perang antara bot" kena serang ngan air sungai ni weii..memang shoot air la semua...siap race kapal lagi..cisss..baru aku tau kenapa dorang bagi nama RAPID SHOOTING ...hee.. apa-apa pun syok! 


(Credit Gambar Team KBBA)



AKTIVITI 4WD

Hah...ni dream come true bagi aku.. haha..duduk kat belakang 4WD sambil menikmati alam. Boleh la masing-masing berangan jadi hero ngan heroin Diwale..angin sepoi-sepoi melambai  kat muka la kononnya..heh





(credit gambar www.ayuejean.com )




POKOK TUALANG

(Pokok terbesar kat Asia ni... baik punya!)
Yang ni aku serius tak tau pasal pokok Tualang ni.. selalu tengok kat internet.
 Bila tengok depan-depan secara live..ambik kau.. besar!





CANOPY WALK

Canopy walk ni menjadi salah satu tarikan kat sini jugak. Part mencabar ialah yang tangga tu..tapi bila dah lalu tu don't worry..ok je.. nasib baik aku tak gayat..miahahaha. 



(Credit gambar abang Lan marqiscareno.blogspot.my dan Ayue www.ayuejean.com )


 Upacara Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Eco Adventure Kem Taman Negara oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan kebudayaan Datuk Mas Ermiyati Samsudin.

Oh ya.. Team Kelab Blogger Ben Ashaari jugak berpeluang untuk memeriahkan lagi Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Eco Adventure. Satu lagi projek baru yang bakal dijalankan.. maknanya ada lagi tempat best yang akan ada kat sini. Tak sabar pulak nak tengok! harap-harap ada peluang la nak pergi ke sini lagi nanti.





 Apa-apa pun big boss Abang Ben Ashaari sempat mintak Datuk Mas Ermiyati tanda tangan kat salah satu baju yang aku buat untuk Kembara KBBA9 ke Taman Negara ni... Datuk puji comei katun tu.. aku pun turut sama rasa comei...ehh..






Takat ni dulu  entri pasal Han Rainforest Resort..kalo nak lagi detail korang bleh la jenguk laman web dorang www.han-rainforestresort.com ...tapi serius cakap..memang sampai sekarang terbayang-bayang seronok aktiviti kat sini.. rasa macam nak repeat balik je sebab ada banyak lagi aktiviti yang tak sempat nak join. Semoga ada la rezeki jejak kaki kat sini lagi (doa banyak-banyak dalam hati)..So...moh le singgah...Dekat jer..



HAN RAINFOREST RESORT


Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, 
Jerantut, Pahang, Malaysia 27020
  • 09-2667888
  • hanrainforestresort@gmail.com