KBBA9

Sabtu, 25 Mac 2017

Rumah Sewa hampir terbakar!

As salam dan hai semua..

Hari ni sabtu 25 mac 2017... memandangkan waktu cuti jadi aku putuskan untuk keluar merayap kejap. Tapi entah kenapa tiba-tiba rasa berat nak tinggal rumah sewa macam tu je. Jadi aku fikir nak keluar lambat sikit la. Kemas-kemas bilik dulu ke,masak ke(goreng telur ayam je pun)..

Sejak kerja ni..aku memang cepat sikit letih.. nak keluar berjalan pun jarang-jarang la. Geng pun takde sangat. Lepas siap semua kerja. Badan dah melekit...memang tiba masa nak mandi laaa... dengan dah bertowel bagai tu, aku tetiba je terbau benda terbakar.. ingatkan sampah orang bakar kat luar.. tapi bau dia kuat kot. Buka je pintu tandas... punya la cuak kejap aku bila nampak shower eletrik rumah sewa aku ni terbakar! boleh tahan gak la api dia. Aku risau api tu marak ke bumbung rumah sebab bumbung tandas tu bukan jenis batu ke apa.. (tak tau nak sebut apa..hahaha)

Benda pertama aku buat, tutup plug shower tu..plug tu ada kat luar sebelah pintu tandas. Bila dah tutup.. aku  simbah air terus kat shower yang dah terbakar tu. haha.. nasib baik aku tutup eletrik dulu.. kalo aku panik terus simbah air kat shower tu dengan tak tutup plug tak memasal je keras kejung aku.

Alhamdulillah api berjaya padam.. aku tunggu sekejap takut api naik balik atau ada benda eletronik kat dalam shower tu meletup...bila rasa cam selamat je.. aku tengok la apa punca shower tu terbakar.
Rupa-rupanya yang terbakar tadi wayar eletrik yang sambung kat shower kitorang tu.. Shower tu dah lama pun.. tapi still boleh pakai kalo nak mandi air panas. Aku pulak tinggal sorang.. takde siapa ada time tu.. Aku mati-mati ingatkan mesin shower tu yang terbakar tadi..hahaha ..yang buat aku bengang kejap, siapa pulak yang dah mandi tak reti tutup plug shower tuuu... hampeh btol. Tak memasal jadi abam bomba terlajak seksi arini,,, mana taknya...dengan bertowel je.. nasib tak terlondeh tuala tu...hahaha..

Apa-apa hal pun.. aku fikir baik-baik je mungkin ada la member rumah aku ni tertekan ON plug shower tu dan lupa nak tutup balik..dan aku rasa syukur sangat kejadian tu jadi time aku ada kat rumah. Kalo jadi time kitorang semua takde kat rumah tu...habis la harta semua... dah la rumah sewa,tuan rumah lak tak berapa nak friendly macam tuan rumah sebelum ni. hehehe...

So, pengajaran aku dapat harini.. kalo nak keluar rumah or dah habis pakai benda-benda yang melibatkan eletrik ni... rajin-rajin la tutup.. bagus gak le mak aku selalu pesan camtu.. betol gak akhirnya.. sebelum benda bukan-bukan jadi.. better beringat dulu. Semoga korang pun terselamat dari jadi benda-benda macam ni ye...

Selasa, 14 Mac 2017

Zaman dah berubah

As salam.. Hai... Saja nak buat post pendek. Lama tak bebel-bebel..

Okeh.. Nak jadikan cerita.. Hari ni ada lawatan budak-budak tadika kat opis tempat aku kerja ni..(ya.. More story pasal kerja nanti). Semua bersemangat.. Dorang dihidangkan dengan kartun 3d yg osem sebagai hiburan dorang kat opis ni. Semua teruja gila bila tengok kartun 3d buat tatapan semua. Sampai bergaduh gaduh tengok..

Tengah syok tengok budak-budak ni..aku terkenang lak Masa aku dan kawan-kawan sebaya dorang ni dulu.. Kitorang pernah dihidangkan dengan hiburan macam tu... Selalunya kat tadika aku dulu.. Doktor gigi dan staff akan datang kat tadika taman kitorang.. Then ajar kitorang cara-cara gosok gigi.. Pakai hand puppet..hahaha..rare kan?. Selalunya aku tak suka kalo jumpa doktor gigi kat klinik.. Tapi kalo doktor gigi datang kat tadika, aku suka! Tiba-tiba je dorang jadi tak seram dan friendly..kahkah

Benda best yang aku ingat..Walaupun kitorang nampak jari jemari doktor gigi tu mengerakkan hand puppet tu.. Kitorang semua tetap anggap macam puppet tu hidup..(terutama aku la..kuat berangan) siap mintak doktor tu lakonkan balik hand puppet dorang tu.. Kahkah.. Nasib baik dorang ok.. Dorang pun "play" balik la babak hand puppet tu semula.. Kikiki..(salah satu hand puppet tu dari stokin ye..siap manilakat lagi)

Tapi tu laa..Sekarang yg aku nampak.. Budak-budak ni nak bagi dorang terhibur kena guna tv or phone or tab jugak.. Kalo tak.. Dorang cepat boring dan akan ber"mode" liarr.. Hahaha.. Rindu plak nak tengok budak-budak zaman dulu-dulu.. Mudah terhibur walaupun kecik je perkara tu.

Oh..sebelum aku tamatkan bebelan ni.. Nak tanya.. Sekarang ni ada lagi ke doktor gigi datang buat "show puppet" free kat tadika? Kalo ada... Dorang sempoii..hee

Jumaat, 27 Januari 2017

Selamat Tahun Baru Cina 2017

Hi...fuh... entry ni aku saja nak letak bertujuan untuk ucap SELAMAT TAHUN BARU CINA 2017 kat semua kawan-kawan yang menyambut perayaan ni.

Hmm...terasa jugak la tahun ni lain sebab selalunya bila ada perayaan macam ni aku confirm ada kat USM Penang..dapat dengar bunyi mercun,keadaan sesak,segala macam lampu,tanglung semua laa.. meriah gak..then mesti wish kat kawan-kawan chinese kelas aku face to face. Tapi tak pe.. dengan bantuan Whatsapp,Fb,instagram..dapat la jadi penganti diri ye tak?? dari sendu je group whatsapp kelas yg dah bersawang tu... ada baik guna utk benda-benda camni...hihihi

So, cam biasa... dah nama pun SYED ALWI. mesti ada la benda yang aku nak conteng..hasil idea ni datang lepas aku tengok movie Kung Fu Hustle, tambah pulak animasi MOANA yang ada ayam juling tu.. tetiba lak ditambah ngan komik dragon ball aku layan petang tadi..jadi laa lukisan ni.. semoga tak kena kecam... hihi.. thanks to my former classmate kat USM, Yen sebab tolong bagi ayat nak angpau dalam bahasa dorang...haha..

GONG XI FA CAI... adiosss..

Oh ye... aku lukis semua ni pakai Manga Studio. ni speed drawing video yang aku buat..

Speed Drawing Gong Xi Fa Cai

Ahad, 8 Januari 2017

Gooseyselfie! Selfie dan menang hadiah lumayan!

Alloo..heheh.. yes..kepada kaki selfie kat Malaysia ni. Angkat kamera phone masing-masing then jom join pertandingan selfie #GooseySelfie anjuran MyTOWN Shopping Centre!

Apa-apa hal pun just a quick note MyTOWN Shopping Centre ni sebuah shopping centre yang bakal buka...emm...eh...dah buka awal tahun ni bersebelahan dengan IKEA CHERAS yang pom meletop tu haa... 

so alang-alang korang pergi sana tu. Join le contest selfie ni..yang menariknya hadiah dia yang lumayan bernilai RM10 ribu untuk dimenangi...fuhh...kaya-kaya.. yang bujang tu boleh join dan buat duit kawen(eh....hihi) 

 Langkah-langkah nak join senang sahaja.. Camni.

2.) Kemudian Klik "Join Now" dan tunggu arahan yang diorang bagi.

3.) Klik "Start"

4.) Login kat Facebook korang

5.) Then upload gambar korang via snap direct dari kamera atau gambar korang yang dah sedia ada (yang dah siap edit filter cun-cun tu.) Dah pilih...korang edit je element "GOOSE" yang dah di sertakan...edit comei-comei dan sekreatif yang boleh. kasi dorang pening nak cari pemenang mana yang layak..hahahahahahaha.

6.) Siap edit.. klick "Submit"

7.) Dah submit...share kat facebook korang(ada button share kat situ) letak sekali #GOOSEYSELFIE

heheheh...senangkan? kalo senang jom join...hadiah tu yang penting.heee.. aku pun nak la try jugak,kot la rezeki. Awal-awal aku dah try.. then aku saja letak muka anak buah aku sekali kat dalam pertandingan ni. hahahha...

Ahh...nyampahnya! hahaha..

Rabu, 19 Oktober 2016

Aku, KBBA9 dan Sungai Lembing.

As salam..hai semua!
fuh.. setelah lama melayan segala penat lelah study,aku berjaya jugak tamatkan pengajian aku kat USM selama 3 tahun.. dia punya stress tak payah cakap. Rasa nak tercabut je kepala ni. Tapi Alhamdulillah.. bulan September lepas adalah yang paling best buat aku sebab dapat berehat sekejap dengan Team kembara KBBA9 a.k.a Kelab blogger Ben Ashaari ke Sungai lembing.. dan aku tak sabar nak story kat korang semua pengalaman aku kat sana.

Sebelum aku start bercerita..izinkan aku ucapkan ribuan terima kasih buat Xcape Resort Sungai Lembing sebab menjemput kitorang bermalam dekat resort dorang yang super duper best selama dua hari satu malam. heheheh...nah lukisan khas aku buat untuk team Xcape Resort..muahhh

Orait.. perjalanan kitorang ke Sungai lembing ni ambik masa sikit...hahaha.. sebab kitorang pergi naik transport sendiri dan tunggu geng-geng lain sampai. Kitorang gerak malam sebab tak nak bersesak dengan kenderaan kat jalan raya tu. Bila sampai je kat Pahang kitorang rehat kejap kat homestay yang kitorang sewa dan bergerak ke Xcape Resort Sungai Lembing awal pagi. Kitorang disambut ngan tourguide yang cukup mesra yang bernama Fied. Dan vroom...vroomm... mula la perjalanan kitorang melawat sungai lembing naik kenderaan 4x4..yehaaa!

First tempat aku dan team melawat ialah Muzium Sungai Lembing...haa.. sampai sini baru aku tau macam-macam hado kat Sungai Lembing ni...sejarah perlombongan dia dan macam-macam lagi okeh. Walaupun kampung belah ayah aku kat Pahang, tapi tak pernah pun pergi sini...so..aku teruja gila la..

Dalam muzium ni sempat la aku tangkap serba sedikit apa yang ada kat dalam tu..menceritakan perkembangan awal Sungai Lembing dan banyak barang lama yang pernah mereka gunakan suatu ketika dulu.. Untuk pengetahuan korang, Sungai lembing terkenal dengan aktiviti perlombongan..Famous Malaysia ni okehh.. haaa.. terkejut la bila dapat tahu Sungai lembing ni meriah gila dulu-dulu.Apa-apa pun, nasib baik la pergi ramai-ramai. Kalau tak mau tak balik aku duduk dalam muzium tu sebab banyak benda yang aku nak tahu pasal sejarah silam Sungai lembing ni.

Lepas melawat muzium...kitorang pergi ke next tour. Tin Mines heheheh... melawat Lombong bijih timah zaman dulu-dulu. Salah satu lombong yang terbesar kat Malaysia ni...

Time masuk dalam terowong ni.. kitorang kena naik sekejap train ke dalam lombong tu..macam dalam movie lak aku rasa. maklumla..ni first time masuk lombong tu...then kena jalan kaki sebab landasan train tu separuh jalan je. Dalam terowong tu pulak berangin je awal-awal..lepas tu macam biasa.. tah mana hilang angin yang kuat tu. Tapi walaupun tak berangin...kat dalam tu lembab dan sejuk. Tak boleh aku bayangkan macam mana orang zaman dulu bekerja. Sedikit sebanyak aku dapat la merasa suasana pelombong-pelombong bijih timah zaman dulu bekerja. Huh..gerenti sado-sado la dorang..hahaha..

Lepas puas melawat kawasan Tin Mines ni.. kitorang pergi pulak Jambatan gantung Kolong Pahat Sungai Lembing. Heh...kat sini la kita boleh tengok siapa gayat nak jalan kat jambatan gantung ni.. takde la seram mana pun..aku siap leh lompat-lompat berlari berkejaran seindah bunga di taman kat jambatan gantung ni...miahahahaha.

Tujuan team Xcape Resort bawak kitorang pergi sini bukan setakat sebab jambatan gantung ni je tau... ada sebab lain jugak...kat sini terkenal ngan biskut ngan taufu fa diorang. So team Xcape Resort nak bagi kitorang merasa la.. aku pulak suka tengok view kat sini.. macam pekan dalam anime jepun yang aku suka layan...(hahahaha...kalo dah nama pun otak katun..tak bleh lari la) bukan senang nak nampak view pekan macam ni ye.

Dah settle kat sini... apa lagi... gerak pergi ke tempat penginapan Xcape Resort..sememangnya benda yang aku tunggu-tunggu..well, kitorang semua tunggu-tunggu sebenarnya. Sebab masing-masing dah penat gila. Tapi letih macam mana pun..kalau dah seronok memang tak terasa sangat laa... hehe

Orait.. aku ingat nak sambung next entri la.. kang panjang berjela tak best pulak.. hehehe...jumpa lagi.

Terima kasih kat team Kbba9 untuk setengah gambar yang aku upload kat sini.