KBBA9

Isnin, 28 Julai 2014

Dah Raya la..

As Salam... selamat hari raya! Sorry tak dapat nak update sangat.. lagi berapa hari nak raya tiba-tiba laptop buat hal! Tak boleh nak on dah..banyak gak la story aku kumpul nak letak kat dalam blog ni tapi..heheheh.. haih tak pe lah..

Haa.. memandangkan dah raya ni...aku nak share sikit satu penyakit yang aku ada sejak kecik lagi. Bila bangun awal pagi raya..aku mesti terlupa yang haritu dah Raya!..so aku mesti akan rasa kekok atau paling teruk pun akan terkejut manja giteww bila pergi dapur dan minum air sejuk kat dalam peti ais..aku rasa macam still bulan puasa lagi..hahaha..banyak kali la jadi kat aku...aku harap kali ni tak jadi macam tu lagi..ngee...


Apa-apa pun..selamat hari raya..maaf zahir batin.. minta maaf banyak-banyak kalo ada buat salah dan silap kat korang semua..elok-elok makan tu.. hati-hati memandu. Raya ni aku mungkin beraya kat p.d je..tapi raya ke 2 aku buat sesi "mencari raya" aku.. pegi merantau raya kat tumah saudara-mara dan kengkawan seorang diri..hehehe



Jumaat, 18 Julai 2014

Takziah

Kalau nak ikutkan.. ada banyak benda aku nak share.. tapi pagi ni bangun sahur je dapat berita sedih.. MH17..sekali lagi ujian buat Malaysia.

Taknak cerita panjang buat masa ni.. cuma nak pesan je jangan lupa terus berdoa. Tak lupa juga buat saudara-mara kita kat Palestin tu. Semoga tabah semuanya. Pray for MH17, Pray for Gaza..

(Lukisan ni hasil sumbangan idea dari Abang Azuan Mazlan.)

Rabu, 16 Julai 2014

Bulan Ramadan bukan setakat tahan lapar

Okeh.. hari ni aku ada tengok satu video nih. Agak terkilan jugak la bulan baik macam ni macam-macam hal boleh jadi. Nama pun bulan puasa..so banyak la cabaran yang bakal kita lalui. Ada yang cabaran dia teruk.. ada yang tak. Pokok pangkal kita je yang kena latih diri untuk BERSABAR hadapi cabaran tu.

Kalau berlaku salah faham ngan orang tua,kawan-kawan.. atau dengan orang lain pun.. cuba bawak bincang elok-elok..jangan cepat melenting! Aku pun tak la penyabar sangat tapi aku paksa gak latih diri ni untuk jadi seorang yang penyabar..

Satu lagi.. jaga adab bila bercakap.. tak kesah la siapa diri kita.. artis keee.. Aaron aziz ke.. Angelina jolie ke.. felixia..ehh.. merapu dah.. apa aku nak cakap tadi tah.. ohh.. apa-apa pun.. jaga perangai.. jangan angkuh sangat..jangan sebab hal kecik.. jadi masalah kat kita nanti..
Aku bersyukur sebab dikelilingi ngan orang yang
penyabar..aku nak jadi mcm dorang.. korang pun kena gakk..ok..


Selasa, 15 Julai 2014

Hari best berakhir dengan tragedi!

Yahooo! Hari yang aku tunggu-tunggu sampai jugak. Okeh.. cerita dia..
Untuk pengetahuan semua,aku adalah salah seorang daripada geng penyamun!. Hahaha..

Tapi bukan la geng penyamun yang menyamun rumah orang malam-malam tu. Geng aku ni nama dia "PENYAMUN INC" dan tugas kitorang buat shortfilm untuk youtube. Kitorang jarang dapat jumpa ramai-ramai..

Jadi tugasan Ahad lepas ialah buat video santai jawap soalan merapu yang bagi aku agak bahaya!. Sebab aku ni pemalu skit nak buat lawak spontan. So nanti bila video tu siap aku share la kat sini. Abis shoot kitorang berbuka ramai-ramai borak-borak sampai malam..










Aku ingatkan boleh la balik dengan aman dan tenang..tanggapan aku terpesong abis! Time nak balik beli tiket KTM kat KL SENTRAL..masa tengah berbaris nak beli tiket kat kaunter.. aku ternampak laa sorang mamat nih kat balik tiang. Aku ingat orang nepal awalnya..tenung lama-lama orang bangla. 

Okeh..malas nak fikir aku terus mengelamun tengok ada dua tiga orang pelancong yang berbisik dan tenung arah bangla tu. Aku pun rasa nak tau tenung la balik bangla tu haa.. tetiba aku perasan tangan kanan dia pegang tang *tuut* dia.. rupa-rupanya alamak dia tengahhh...happy time ngan "cendawan" dia!! Bodoh gila! Aku syak dia perasan aku dan 2,3 orang pandang dia.. dia buat tak tau je! Tangan kiri dia tengah pegang henpon..feeling sekali ngan awek dia la tu!

Aku beli tiket..chow terus! Jijik gila aku tengok.. buat malu je bila pelancong nampak perbuatan bangla tu.. sikit sebanyak dah cemar nama! Lagi teruk..aku risau kalo orang macam tu dah mula menjadi-jadi..jadi kes lain plak.. tapi..asal aku tak sound je bangla tu? Adeh.. silap btol!





Ahad, 13 Julai 2014

Akhirnya!!


As salam... sua sue kemoning! Nama aku Syed Alwi..tapi sebab nama ni pemes sangat korang panggil la aku Awi jek.. Awi bukan penyanyi ye..ni Awi melukis punyaa. Julai 2014.. berjaya gak aku paksa diri aku berblog. setelah sekian lama aku peram idea nak berblog ni bertahun-tahun! dari keje sampai la sambung study balik.

Terima kasih kat kengkawan aku yang bagi semangat suruh buat blog ni. Bleh la aku tunjuk bakat menconteng aku kat level yang tinggi lagi..muahahaha (cehh..) Aku nak ucap terima kacehh gak kat Abang Ben Ashaari (alaa... blogger http://www.benashaari.com/ tuu..) sebab berjaya bagi aku serap aura blogger dia kat aku skit(skit je..mane bleh lawan dia..lengan dia pn dah besar kaki aku!)

So ni je la kot aku dapat bebel. Next post nanti korang leh la baca and kenal lebih lagi pasal aku. takat ni simple simon je la ekk... k..selamat berpuasa geng.

Arini tak de apa nak share... just contengan aku buat tah bila aku pun dah lupa. Yang penting blog ni tak kosong! hehehe..