KBBA9

Selasa, 1 Mac 2016

Aku dan Samsung Galaxy Note Series!

As salam...
Makkkkk aiii... lama gila tak hapdet blog aku yg suam suam kuku ni. story banyak..tapi lepas tu hilang entah kemana. kahkahkah... sorry semua. Aku ni kira baru jugak la nak masuk dalam bidang ni. Akan diperbaiki lagi next time okeh.


Orait-orait..sejak kebelakangan ni. Aku selalu je dapat soalan-soalan cepu emas seperti "ko bila nak kawen?" " Ko dah ada awek ke?" " Ko adik Fahrin Ahmad ke?" dan  soalan yang paling aku takut nak jawab ialah.. "Ko melukis selalu pakai apa".. Aku ni memang dari kecik minat drawing.. habis semua buku,kertas,dinding bilik aku conteng.. jadi bila dah besar..dah pandai guna smartphone. Mula la tangan ni gatal nak try drawing pakai phone. Aku rasa terharu gila bila kenal ngan Samsung Note series ni.. bukan takat besar, skrin lawa, pastu.. ada stylus pulak. Semua ni sebab akak aku la pi beli Samsung Galaxy Note yang awal-awal dulu. Aku try lukis.. terus aku jatuh cinta pandang pertama..

Tahun 2012,keluar pulak adik dia.. Samsung Galaxy Note 2. Note 2 ni la smartphone android aku yang pertama aku beli.. warna putih. Saja pilih warna putih sebab nak follow Fahrin Ahmad la dulu.. tengok drama "RINDU BERTAMU ABU DHABI" sekali dapat tau tu sekadar henpon props je.. ciss... so kepada abam Fahrin Ahmad.. i am your no.1 Fan.. miahahaha.. ok 



Lepas tu aku pakai  Samsung Galaxy Note 4... memang aku puas hati pakai Note 4 ni. Walaupun aku tau ada Note 5 sekarang.. tapi sebab banyak benda yang kurang terutamanya tiada memorycard slot buat aku keep Note 4 ni.. sebab aku guna banyak memory.( tapi terpulang kat korang la.. Note 5 tu ok jugak.. ikut taste korang ok..) memory penuh dengan lukisan aku ja.. Yepp... aku buat drawing pakai phone Note aku ni..Bateri Note 4 ni cun la.. sehari lebih tahan.. tapi aku harap ada update yang ok untuk phone ni nanti. kasi tahan 2 hari! ..hahaha..









Untuk Apps drawing pulak.. aku lagi selesa guna Sketchbook Pro.. sanggup kau aku beli kat Playstore dulu time-time Note 2. haha.. Tapi bila dah masuk Note 3 dan seterusnya.. Apps Sketchbook ni leh download free je kat Galaxy Apps. Taip then download... Apps Sketchbook ni pulak function dah macam sama je ngan Adobe Photoshop..so tak kekok la aku nak guna untuk drawing. Siap boleh save dalam file psd lagi.. mau tak cepat memory phone full. haaa...







Antara artwork aku yang berjaya aku buat lepas tu jual.. tak terkira jugak la.. Alhamdulillah.. walaupun tak seberapa..tapi berjaya jugak la isi duit poket aku sepanjang bergelar student yang biasa-biasa je kt Universiti ni. Emma maembong, Abam Fahrin Ahmad, Abam Azuan Mazlan, Si comei Shila Amzah antara retis yang selalu aku conteng guna phone aku...hihi.tu belom orang yang PM nak free drawing lagi...haha. Aku suka lukis pakai Samsung Note ni... Kamera cun.. sound dia...emm...ok laa... tak la sendu sangat..  



















 Ni antara gambar sebalik tabir aku lukis pakai phone. Nampak muka-muka geng KBBA.. first time aku tengok muka teruja mereka.. Time ni aku ada aktiviti kat Han Rain forest resort Pahang. Ada aktiviti kat sana.. apa-apa aku update pasal aktiviti tu nanti. Abang Ben banyak kali suruh aku demo drawing ni. Dalam malu-malu tu berjaya gak la lukis.. lepas tu kengkawan KBBA lak mintak lukis. Lenguh gak la tangan ni.. huiii







(gambar kredit kat geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari)




Okeh.. harap-harap lepas ada entri ni.. aku kurang la dapat soalan-soalan " ko lukis pakai apa" lagi...
oh.. sebelum aku abis taip ni.. aku nak ucap tengkiu kat abang Ben Ashaari sebab hadiahkan aku Samsung Note 8.0 dia dulu.. bertambah senang aku nak buat drawing.. kadang-kadang juling gak mata aku nak buat drawing lama-lama kat phone.. hehe.. 


Apa lagi... kalo ada note tu.. pi la buat drawing sambil cuti-cuti Malaysia.. nak best lagi pi bercuti kat Taman Negara Pahang.. dekat aje!

6 ulasan: