KBBA9

Selasa, 14 Mac 2017

Zaman dah berubah

As salam.. Hai... Saja nak buat post pendek. Lama tak bebel-bebel..

Okeh.. Nak jadikan cerita.. Hari ni ada lawatan budak-budak tadika kat opis tempat aku kerja ni..(ya.. More story pasal kerja nanti). Semua bersemangat.. Dorang dihidangkan dengan kartun 3d yg osem sebagai hiburan dorang kat opis ni. Semua teruja gila bila tengok kartun 3d buat tatapan semua. Sampai bergaduh gaduh tengok..

Tengah syok tengok budak-budak ni..aku terkenang lak Masa aku dan kawan-kawan sebaya dorang ni dulu.. Kitorang pernah dihidangkan dengan hiburan macam tu... Selalunya kat tadika aku dulu.. Doktor gigi dan staff akan datang kat tadika taman kitorang.. Then ajar kitorang cara-cara gosok gigi.. Pakai hand puppet..hahaha..rare kan?. Selalunya aku tak suka kalo jumpa doktor gigi kat klinik.. Tapi kalo doktor gigi datang kat tadika, aku suka! Tiba-tiba je dorang jadi tak seram dan friendly..kahkah

Benda best yang aku ingat..Walaupun kitorang nampak jari jemari doktor gigi tu mengerakkan hand puppet tu.. Kitorang semua tetap anggap macam puppet tu hidup..(terutama aku la..kuat berangan) siap mintak doktor tu lakonkan balik hand puppet dorang tu.. Kahkah.. Nasib baik dorang ok.. Dorang pun "play" balik la babak hand puppet tu semula.. Kikiki..(salah satu hand puppet tu dari stokin ye..siap manilakat lagi)

Tapi tu laa..Sekarang yg aku nampak.. Budak-budak ni nak bagi dorang terhibur kena guna tv or phone or tab jugak.. Kalo tak.. Dorang cepat boring dan akan ber"mode" liarr.. Hahaha.. Rindu plak nak tengok budak-budak zaman dulu-dulu.. Mudah terhibur walaupun kecik je perkara tu.

Oh..sebelum aku tamatkan bebelan ni.. Nak tanya.. Sekarang ni ada lagi ke doktor gigi datang buat "show puppet" free kat tadika? Kalo ada... Dorang sempoii..hee

Tiada ulasan:

Catat Komen