KBBA9

Memaparkan catatan dengan label KBBA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KBBA. Papar semua catatan

Selasa, 14 Mac 2017

Zaman dah berubah

As salam.. Hai... Saja nak buat post pendek. Lama tak bebel-bebel..

Okeh.. Nak jadikan cerita.. Hari ni ada lawatan budak-budak tadika kat opis tempat aku kerja ni..(ya.. More story pasal kerja nanti). Semua bersemangat.. Dorang dihidangkan dengan kartun 3d yg osem sebagai hiburan dorang kat opis ni. Semua teruja gila bila tengok kartun 3d buat tatapan semua. Sampai bergaduh gaduh tengok..

Tengah syok tengok budak-budak ni..aku terkenang lak Masa aku dan kawan-kawan sebaya dorang ni dulu.. Kitorang pernah dihidangkan dengan hiburan macam tu... Selalunya kat tadika aku dulu.. Doktor gigi dan staff akan datang kat tadika taman kitorang.. Then ajar kitorang cara-cara gosok gigi.. Pakai hand puppet..hahaha..rare kan?. Selalunya aku tak suka kalo jumpa doktor gigi kat klinik.. Tapi kalo doktor gigi datang kat tadika, aku suka! Tiba-tiba je dorang jadi tak seram dan friendly..kahkah

Benda best yang aku ingat..Walaupun kitorang nampak jari jemari doktor gigi tu mengerakkan hand puppet tu.. Kitorang semua tetap anggap macam puppet tu hidup..(terutama aku la..kuat berangan) siap mintak doktor tu lakonkan balik hand puppet dorang tu.. Kahkah.. Nasib baik dorang ok.. Dorang pun "play" balik la babak hand puppet tu semula.. Kikiki..(salah satu hand puppet tu dari stokin ye..siap manilakat lagi)

Tapi tu laa..Sekarang yg aku nampak.. Budak-budak ni nak bagi dorang terhibur kena guna tv or phone or tab jugak.. Kalo tak.. Dorang cepat boring dan akan ber"mode" liarr.. Hahaha.. Rindu plak nak tengok budak-budak zaman dulu-dulu.. Mudah terhibur walaupun kecik je perkara tu.

Oh..sebelum aku tamatkan bebelan ni.. Nak tanya.. Sekarang ni ada lagi ke doktor gigi datang buat "show puppet" free kat tadika? Kalo ada... Dorang sempoii..hee

Sabtu, 5 Mac 2016

Aku dan Blogging

As salam dan hai semuaaa....

HAHAHAHA.. kelakar betol.. Blog ni dari tahun 2014 buat. Tapi aku jarang nak update.. satu sebab memang kurang masa nak belek... tambah pulak line internet cam siput kat asrama ni. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh tanya kengkawan macam mana nak handle blog...pffttt... so sorry la kalo ada banyak kurang eh.. hahahaha.. tu la. Dulu taknak ambik tau sangat.. asyik melukis je..dah try ni macam syok la pulak mengarang..haaaa...Tapi takpe.. bak kata Anne Hathaway dalam movie " The Intern" ... Better late than never. Esok lusa aku pandai la biasakan diri... ye dok?? heheheh



Jumaat, 4 Mac 2016

Kembara KBBA9 di Han Rain forest Resort Pahang

As salam dan hai!

Aku ingat lagi time aku kecik-kecik aku pernah berangan nak camping,buat aktiviti yang melibatkan hutan ni ngan abah aku. Tido sambil layan bintang kat langit..dan macam-macam lagi la. Ala..budak kecik.. macam-macam kot kalo berangan.. siap jumpa pari-pari bagai..hahaha.. tapi walaupun apa yang aku angan tu tak tercapai ngan abah aku tu.. at least, aktiviti yang aku join ngan Team Kelab Blogger Ben Ashaari kat Han Rain Forest Resort Pahang ni sedikit sebanyak buat aku terlonjak seronok sampai rasa nak terbang kat langit...hihihi


Selama 4 hari aku ngan Team KBBA ada kat Han Rain Forest Resort ni.. kat kepala aku terbayang mungkin tempat ni biasa je kot.. tapi takk..selesa habis tempat ni!. Tilam empuk..aircond semua lengkap kat bilik yang dorang sediakan. Kecuali tv je tak ada.. sebab 4 hari kitorang kat sana ngan aktiviti yang dorang sediakan memang takde masa la nak tengok tv. Internet pun susah nak dapat.. memang kita back to basic la bila sampai sini. Bagus gak...takde la berborak sorang-sorang pastu geng-geng lain sibuk hapdet macam-macam kat social media dorang bak zombie kampung pisang patah tengkuk..kepala pun tak pening fikir macam-macam..harharhar.






(terima kasih Team KBBA dan Razzwey untuk gambar resort...  )


Okeh...aktiviti yang ada kat sini banyak.. penat sikit..tapi berbaloi ye geng. Semua aktiviti ni dorang sediakan. Apa-apa hal aku syorkan korang beli la dry bag untuk letak barang-barang eletronik masing-masing kat dalam tu.. kang tak memasal jadi macam sorang geng KBBA si Meera MJ ni..syok layan aktiviti Rapid Shooting tak perasan phone dia dalam poket...rosak terus. ish..


CAMPING PERKAMPUNGAN ORANG ASLI 

Kat sini kitorang berpeluang untuk bermalam / camping di kawasan berdekatan dengan perkampungan orang asli kaum Batek, kampung Dedari. Syok gila.. memang ni yang aku tunggu selama ni. Camping sebelah sungai..heheheh..







TREKKING BUKIT TERISEK

Bukit Terisek atau Teresek. Starting point nampak ok je.. lama-lama mencabar jugak..nasib baik la aku ni jenis pejalan kaki tegar sejak zaman sekolah. So ok la..semput skit je (nak menang gak) time ni la aku ambik kesempatan untuk kenal sikit pokok-pokok yang ada kat sini.









RAPID SHOOTING
(paling tak banyak gambar haha)

Aktiviti ni best! Sampai basah kuyup masing-masing. Aku tak banyak ambik gambar sebab risau phone masuk air. Sebab dalam bot ni nampak je macam rileks, rupa-rupanya ada "perang antara bot" kena serang ngan air sungai ni weii..memang shoot air la semua...siap race kapal lagi..cisss..baru aku tau kenapa dorang bagi nama RAPID SHOOTING ...hee.. apa-apa pun syok! 


(Credit Gambar Team KBBA)



AKTIVITI 4WD

Hah...ni dream come true bagi aku.. haha..duduk kat belakang 4WD sambil menikmati alam. Boleh la masing-masing berangan jadi hero ngan heroin Diwale..angin sepoi-sepoi melambai  kat muka la kononnya..heh





(credit gambar www.ayuejean.com )




POKOK TUALANG

(Pokok terbesar kat Asia ni... baik punya!)
Yang ni aku serius tak tau pasal pokok Tualang ni.. selalu tengok kat internet.
 Bila tengok depan-depan secara live..ambik kau.. besar!





CANOPY WALK

Canopy walk ni menjadi salah satu tarikan kat sini jugak. Part mencabar ialah yang tangga tu..tapi bila dah lalu tu don't worry..ok je.. nasib baik aku tak gayat..miahahaha. 



(Credit gambar abang Lan marqiscareno.blogspot.my dan Ayue www.ayuejean.com )


 Upacara Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Eco Adventure Kem Taman Negara oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan kebudayaan Datuk Mas Ermiyati Samsudin.

Oh ya.. Team Kelab Blogger Ben Ashaari jugak berpeluang untuk memeriahkan lagi Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Eco Adventure. Satu lagi projek baru yang bakal dijalankan.. maknanya ada lagi tempat best yang akan ada kat sini. Tak sabar pulak nak tengok! harap-harap ada peluang la nak pergi ke sini lagi nanti.





 Apa-apa pun big boss Abang Ben Ashaari sempat mintak Datuk Mas Ermiyati tanda tangan kat salah satu baju yang aku buat untuk Kembara KBBA9 ke Taman Negara ni... Datuk puji comei katun tu.. aku pun turut sama rasa comei...ehh..






Takat ni dulu  entri pasal Han Rainforest Resort..kalo nak lagi detail korang bleh la jenguk laman web dorang www.han-rainforestresort.com ...tapi serius cakap..memang sampai sekarang terbayang-bayang seronok aktiviti kat sini.. rasa macam nak repeat balik je sebab ada banyak lagi aktiviti yang tak sempat nak join. Semoga ada la rezeki jejak kaki kat sini lagi (doa banyak-banyak dalam hati)..So...moh le singgah...Dekat jer..



HAN RAINFOREST RESORT


Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, 
Jerantut, Pahang, Malaysia 27020
  • 09-2667888
  • hanrainforestresort@gmail.com











Selasa, 1 Mac 2016

Aku dan Samsung Galaxy Note Series!

As salam...
Makkkkk aiii... lama gila tak hapdet blog aku yg suam suam kuku ni. story banyak..tapi lepas tu hilang entah kemana. kahkahkah... sorry semua. Aku ni kira baru jugak la nak masuk dalam bidang ni. Akan diperbaiki lagi next time okeh.


Orait-orait..sejak kebelakangan ni. Aku selalu je dapat soalan-soalan cepu emas seperti "ko bila nak kawen?" " Ko dah ada awek ke?" " Ko adik Fahrin Ahmad ke?" dan  soalan yang paling aku takut nak jawab ialah.. "Ko melukis selalu pakai apa".. Aku ni memang dari kecik minat drawing.. habis semua buku,kertas,dinding bilik aku conteng.. jadi bila dah besar..dah pandai guna smartphone. Mula la tangan ni gatal nak try drawing pakai phone. Aku rasa terharu gila bila kenal ngan Samsung Note series ni.. bukan takat besar, skrin lawa, pastu.. ada stylus pulak. Semua ni sebab akak aku la pi beli Samsung Galaxy Note yang awal-awal dulu. Aku try lukis.. terus aku jatuh cinta pandang pertama..

Tahun 2012,keluar pulak adik dia.. Samsung Galaxy Note 2. Note 2 ni la smartphone android aku yang pertama aku beli.. warna putih. Saja pilih warna putih sebab nak follow Fahrin Ahmad la dulu.. tengok drama "RINDU BERTAMU ABU DHABI" sekali dapat tau tu sekadar henpon props je.. ciss... so kepada abam Fahrin Ahmad.. i am your no.1 Fan.. miahahaha.. ok 



Lepas tu aku pakai  Samsung Galaxy Note 4... memang aku puas hati pakai Note 4 ni. Walaupun aku tau ada Note 5 sekarang.. tapi sebab banyak benda yang kurang terutamanya tiada memorycard slot buat aku keep Note 4 ni.. sebab aku guna banyak memory.( tapi terpulang kat korang la.. Note 5 tu ok jugak.. ikut taste korang ok..) memory penuh dengan lukisan aku ja.. Yepp... aku buat drawing pakai phone Note aku ni..Bateri Note 4 ni cun la.. sehari lebih tahan.. tapi aku harap ada update yang ok untuk phone ni nanti. kasi tahan 2 hari! ..hahaha..









Untuk Apps drawing pulak.. aku lagi selesa guna Sketchbook Pro.. sanggup kau aku beli kat Playstore dulu time-time Note 2. haha.. Tapi bila dah masuk Note 3 dan seterusnya.. Apps Sketchbook ni leh download free je kat Galaxy Apps. Taip then download... Apps Sketchbook ni pulak function dah macam sama je ngan Adobe Photoshop..so tak kekok la aku nak guna untuk drawing. Siap boleh save dalam file psd lagi.. mau tak cepat memory phone full. haaa...







Antara artwork aku yang berjaya aku buat lepas tu jual.. tak terkira jugak la.. Alhamdulillah.. walaupun tak seberapa..tapi berjaya jugak la isi duit poket aku sepanjang bergelar student yang biasa-biasa je kt Universiti ni. Emma maembong, Abam Fahrin Ahmad, Abam Azuan Mazlan, Si comei Shila Amzah antara retis yang selalu aku conteng guna phone aku...hihi.tu belom orang yang PM nak free drawing lagi...haha. Aku suka lukis pakai Samsung Note ni... Kamera cun.. sound dia...emm...ok laa... tak la sendu sangat..  



















 Ni antara gambar sebalik tabir aku lukis pakai phone. Nampak muka-muka geng KBBA.. first time aku tengok muka teruja mereka.. Time ni aku ada aktiviti kat Han Rain forest resort Pahang. Ada aktiviti kat sana.. apa-apa aku update pasal aktiviti tu nanti. Abang Ben banyak kali suruh aku demo drawing ni. Dalam malu-malu tu berjaya gak la lukis.. lepas tu kengkawan KBBA lak mintak lukis. Lenguh gak la tangan ni.. huiii







(gambar kredit kat geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari)




Okeh.. harap-harap lepas ada entri ni.. aku kurang la dapat soalan-soalan " ko lukis pakai apa" lagi...
oh.. sebelum aku abis taip ni.. aku nak ucap tengkiu kat abang Ben Ashaari sebab hadiahkan aku Samsung Note 8.0 dia dulu.. bertambah senang aku nak buat drawing.. kadang-kadang juling gak mata aku nak buat drawing lama-lama kat phone.. hehe.. 


Apa lagi... kalo ada note tu.. pi la buat drawing sambil cuti-cuti Malaysia.. nak best lagi pi bercuti kat Taman Negara Pahang.. dekat aje!