Yeahh... Ink Ramadan hari ke-3.. tajuk dia hari ni WAKTU BERSAHUR. Kebetulan hari ni plan ngan member aku nak makan sahur sama-sama. Tak pernah sahur luar lagi setakat ni..jadi aku bersemangat la sebab dah bosan sahur meggi dan sorang-sorang aje. Plan nak keluar awal pukul 4 pagi sebab takut lewat or terlajak tido.
Untuk makluman korang, aku tak tido langsung.. heheheh.. memang susah nak tido time puasa ni. Satu lagi sebab taknak terlajak.. kalo duduk rumah tu lain cerita la ada family nak kejut. Sampai waktu yang dijanjikan.. aku jalan keluar ke area kedai makan yang ada kat luar kawasan USM. Call member yang aku janji tu..call punya call tak berangkat..aku dah mula tak sedap hati. Sampai kedai makan aku duduk la sorang-sorang sambil call member aku ni.. meja banyak yang penuh. Nasib ada yang kosong kat tengah-tengah tu.
Banyak kali gak la call member aku tu.. last-last aku order makan sebab dah masuk pukul 5 pagi..dalam kepala fikir je la member aku ni penat sangat kot.. aku tengok phone dan perasan dia whatsapp mintak maaf sebab tak sedar.. aku ok kan aje.. sambil berhuhuhu sorang-sorang..haaa..gitu la story aku...plan nak sahur yang tak berapa nak jadi. Tapi ok la...merasa gak makan nasi untuk sahur.
(oh...orang sebelah meja aku memang betul-betul ambik kerusi ye... biasa la.. kerusi tak cukup.)
Alaaaa, xde sambungan ke Alwi? Huhu
BalasPadamhi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)
BalasPadam