KBBA9

Selasa, 7 Jun 2016

Aku dan Ink Ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yeahh... setelah lama berhempas pulas tak tidur (ok tipu je...tido la jugak tapi tak tenang jiwa beb) aku berjaya masuk RINTIS 2016 ( Final Year Student Art Showcase) dan berjaya siapkan projek semester akhir aku kat USM ni. Sekarang tinggal nak siapkan tesis je..harap-harap dapat siapkan laju-laju dan boleh balik kampung terus. hehe...nanti aku update pasal event Rintis tu ye.. malas nak up sekarang sebab masih tak habis lagi tesis.

Orait... sekejap je dah masuk bulan puasa 2016... rasa macam baru haritu je aku puasa...tetiba je puasa balik... hahah... nak dijadikan cerita... aku ternampak la cabaran melukis yang aku nak masuk dulu tapi tak tercapai tahun lepas... cabaran ni di panggil INK RAMADAN yang di adakan sempena bulan ramadan ni. Yang anjurkan aktiviti ni setahu aku la geng-geng Comicore yang kebanyakan ahli dia terdiri dari kengkawan kartunis aku jugak..info lanjut bleh la tengok kat facebook INK RAMADAN dan Comicore sekali ...






 Senang je nak buat ni..kalo rajin boleh la kot buat satu hari satu lukisan sampai habis bulan puasa... ikut tajuk yang dorang dah sediakan tu. Aku harap la boleh buat.. lama kot tak conteng-conteng camni.. mungkin benda ni boleh buat peluang untuk aku cari kerja lepas ni...hehehe..

FASA PERTAMA BERMULA

Untuk awal-awal ni aku selit la dua tiga keping..nanti aku ingat nak up satu-satu setiap hari. Selitkan cerita sikit..semua ni yang berlaku kat aku ye.. ada yang kelakar.. ada yang sakit ati...so harap-harap korang enjoy...

Azam ramadan aku.. nak habiskan puasa dengan cemerlang terbilang.. kalo boleh nak buat yang terbaik tahun ni.

untuk drawing hari pertama.yep... aku bangun awal untuk sahur. Tapi lambat keluar asrama..last-last aku makan meggi je.

Drawing yang latest 7/6/2016.. Berbuka hari pertama. Aku siap-siap nak pergi kedai makan..tak suka sangat bungkus makanan bawak balik bilik. Turun je langit dah mendung.. pastu hujan turun.. walaupun tak lebat ko faham-faham je laa..kedai makan tak berbumbung..jadi..berbuka la aku dengan meggi tomyam.. nyam..nyammm... Alhamdulillah.


Hee...okeh.. tu je aku nak up. Esok sambung lagi..tataaa...


2 ulasan: