KBBA9

Selasa, 8 Mac 2016

High Blood Pressure la pulak

As salam and good morning/evening/night korang semua...




Fuh... terkejut. Aku sendiri terkejut ngan apa yang aku kena ni... no wonder la sakit lain macam kali ni.. Panas badan.. pening kepala.. ingat pening biasa. Bila dah terasa teruk sangat. Gigih la pi Pusat Sejahtera Universiti aku ni.. dengan panasnya..bas pun tak ada.. aku tahan je la pening lalok nak pitam tu..jalan kaki sampai ke sana.


Sampai-sampai je kena maki pulak ngan orang kaunter (terima kasih bang..) cakap student punya medical checkup pukul 5:15 petang.. tapi aku dah tak tahan sagat weitt... mana sanggup tunggu lama. Nasib baik la ada sorang lagi brader kaunter ni lepaskan aku jumpa doktor.. sebab aku nampak teruk sangat time tu. Nombor dah dapat,aku pun terus duduk..Sampai giliran aku... aku pelik la kenapa sampai 3 kali orang ni ambak bacaan semua tu.. selalu sekali je. Aku pun teruskan je la...

Pening makin teruk.. Aku tahan lagi... Naik je nombor untuk jumpa doktor pulak..aku terus jalan laju-laju ke bilik Doktor tu..Bila dah  periksa, Doktor tu terus cakap aku kena High Blood Pressure! Haa... ambik.. ni first time kena. Stress ngan final project,tak cukup tido.. ape lagi?? macam-macam fikir.. fikir nak kumpul duit sampingan untuk final year project lagi.. pinjaman berapa la sangat dapat.. nak cakap aku joli? tak la pulak..habis kat makanan je banyak..makan biasa je pun..takde la hipster apa semua tu. First time pegi makan ala-ala kedai hipster pun ngan team KBBA9 aritu... tu pun food review..hehehe.. so jangan ingat student suka sangat joli sana-sini tau...dosaa....haha





So aku kena rest la... harini still pening-pening lagi.. pening dia sampai aku rasa leh gerakkan barang macam citer X-men tu je... hahaha... (sakit sangat) apa-apa pun..semoga aku cepat sembuh...banyak assignment tergendala sebab sakit ni.. satu lagi syukur gak la dapat sakit ni.. reminder kat diri aku jugak.

2 ulasan:

  1. Tak pulih lagi ke? Get well soon la ye.

    BalasPadam
  2. semoga lekas sembuh awi,jaga kesihatan

    BalasPadam