KBBA9

Selasa, 1 Mac 2016

Aku dan Samsung Galaxy Note Series!

As salam...
Makkkkk aiii... lama gila tak hapdet blog aku yg suam suam kuku ni. story banyak..tapi lepas tu hilang entah kemana. kahkahkah... sorry semua. Aku ni kira baru jugak la nak masuk dalam bidang ni. Akan diperbaiki lagi next time okeh.


Orait-orait..sejak kebelakangan ni. Aku selalu je dapat soalan-soalan cepu emas seperti "ko bila nak kawen?" " Ko dah ada awek ke?" " Ko adik Fahrin Ahmad ke?" dan  soalan yang paling aku takut nak jawab ialah.. "Ko melukis selalu pakai apa".. Aku ni memang dari kecik minat drawing.. habis semua buku,kertas,dinding bilik aku conteng.. jadi bila dah besar..dah pandai guna smartphone. Mula la tangan ni gatal nak try drawing pakai phone. Aku rasa terharu gila bila kenal ngan Samsung Note series ni.. bukan takat besar, skrin lawa, pastu.. ada stylus pulak. Semua ni sebab akak aku la pi beli Samsung Galaxy Note yang awal-awal dulu. Aku try lukis.. terus aku jatuh cinta pandang pertama..

Tahun 2012,keluar pulak adik dia.. Samsung Galaxy Note 2. Note 2 ni la smartphone android aku yang pertama aku beli.. warna putih. Saja pilih warna putih sebab nak follow Fahrin Ahmad la dulu.. tengok drama "RINDU BERTAMU ABU DHABI" sekali dapat tau tu sekadar henpon props je.. ciss... so kepada abam Fahrin Ahmad.. i am your no.1 Fan.. miahahaha.. ok 



Lepas tu aku pakai  Samsung Galaxy Note 4... memang aku puas hati pakai Note 4 ni. Walaupun aku tau ada Note 5 sekarang.. tapi sebab banyak benda yang kurang terutamanya tiada memorycard slot buat aku keep Note 4 ni.. sebab aku guna banyak memory.( tapi terpulang kat korang la.. Note 5 tu ok jugak.. ikut taste korang ok..) memory penuh dengan lukisan aku ja.. Yepp... aku buat drawing pakai phone Note aku ni..Bateri Note 4 ni cun la.. sehari lebih tahan.. tapi aku harap ada update yang ok untuk phone ni nanti. kasi tahan 2 hari! ..hahaha..









Untuk Apps drawing pulak.. aku lagi selesa guna Sketchbook Pro.. sanggup kau aku beli kat Playstore dulu time-time Note 2. haha.. Tapi bila dah masuk Note 3 dan seterusnya.. Apps Sketchbook ni leh download free je kat Galaxy Apps. Taip then download... Apps Sketchbook ni pulak function dah macam sama je ngan Adobe Photoshop..so tak kekok la aku nak guna untuk drawing. Siap boleh save dalam file psd lagi.. mau tak cepat memory phone full. haaa...







Antara artwork aku yang berjaya aku buat lepas tu jual.. tak terkira jugak la.. Alhamdulillah.. walaupun tak seberapa..tapi berjaya jugak la isi duit poket aku sepanjang bergelar student yang biasa-biasa je kt Universiti ni. Emma maembong, Abam Fahrin Ahmad, Abam Azuan Mazlan, Si comei Shila Amzah antara retis yang selalu aku conteng guna phone aku...hihi.tu belom orang yang PM nak free drawing lagi...haha. Aku suka lukis pakai Samsung Note ni... Kamera cun.. sound dia...emm...ok laa... tak la sendu sangat..  



















 Ni antara gambar sebalik tabir aku lukis pakai phone. Nampak muka-muka geng KBBA.. first time aku tengok muka teruja mereka.. Time ni aku ada aktiviti kat Han Rain forest resort Pahang. Ada aktiviti kat sana.. apa-apa aku update pasal aktiviti tu nanti. Abang Ben banyak kali suruh aku demo drawing ni. Dalam malu-malu tu berjaya gak la lukis.. lepas tu kengkawan KBBA lak mintak lukis. Lenguh gak la tangan ni.. huiii







(gambar kredit kat geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari)




Okeh.. harap-harap lepas ada entri ni.. aku kurang la dapat soalan-soalan " ko lukis pakai apa" lagi...
oh.. sebelum aku abis taip ni.. aku nak ucap tengkiu kat abang Ben Ashaari sebab hadiahkan aku Samsung Note 8.0 dia dulu.. bertambah senang aku nak buat drawing.. kadang-kadang juling gak mata aku nak buat drawing lama-lama kat phone.. hehe.. 


Apa lagi... kalo ada note tu.. pi la buat drawing sambil cuti-cuti Malaysia.. nak best lagi pi bercuti kat Taman Negara Pahang.. dekat aje!

Jumaat, 29 Mei 2015

Assignment, Student dan masa

Memang bulan-bulan last nak habis semester 3 ni aku kelam kabut sikit. nak manage masa memang tak laa.. hehehe. pantang ada masa free...aku tido, tak tido onlin 24 jam.. nak wat kerja sikit-sikit je layan...pastu ke lauttttt kepala ni. Entah syaiton apa la lekat kat dalam diri ni. Memang aku perasan beza ngan aku masa kerja dulu. Hmm.. harap-harap tak berterusan. Tak lama lagi praktikal plak.. hee

tak tau nak tepek apa. aku letak la artwork reject aku masa kerja dulu. Zaman-zaman jahiliah lagi...kikiki... semua lukis manual. Warna pakai mouse. huhuiii...jahanam maouse sebab mewarna katun aje hari-hari. rindu btol nak mngatun aje 24 jam...


Khamis, 22 Januari 2015

AKU,KAU,SAHABAT

Cuti semester datang lagi.. kejap je dah abis sem 3.. sepanjang aku belajar ni aku tersedar yang aku bertuah sebab selalu dikelilingi ngan kawan-kawan yang baik. Tetiba jek teringat yang aku ni pernah ada ramai kawan. Tapi sorang-sorang member aku pergi sebab haluan masing-masing. Aku pun dah terlupa perasaan seronok bila jumpa kengkawan yang sanggup susah senang sama-sama.

Ok laa... bukan aku takde member baik.. ada je.. cuma jarang dan susah nak cari kawan version dunia akhirat ni.. so aku syukur sangat sebab still dapat merasa dan cari kawan-kawan macam tu. So.. pagi tadi lepas sembahyang subuh aku dapat idea nak buat kartun skit..pasal member-member gak.. lama tak buat.. harap-harap aku dapat teruskan buat kartun macam ni.. (kot-kot bila cukup 200 muka surat leh buat komik solo sendiri... wakakaka)..




Khamis, 25 Disember 2014

Pray for Pantai Timur

Sekarang ni musim banjir.. aku harap tak la bertambah teruk. Jom sambil-sambil santai tu jangan lupa doakan dorang kat sana baik-baik aje.. aku ada ramai gak sedara mara kat belah pantai timur tu.. risau tak payah cakap laaa.. doa je la aku mampu bagi. Harap-harap bila dah ok nanti aku bleh turun Kuantan tolong makcik aku kemas-kemas rumah dorang kat sana...


Rabu, 24 Disember 2014

Soalan WAJIB seorang bujang

Haa... pergh berhabuk blog..hahaha padan muka aku! sibuk sangat. Tapi apa-apa pun nak up story yang berlaku kat aku aritu. Sebenarnya banyak kali jadi tapi aku nak luahkan skit je la. Kalo tiap-tiap kali kenduri kawen ke..tunang ke.. kompem kena punya la soalan ni. "KAU BILA LAGI?" "BILA NAK KAWEN?" "NAK BUJANG SAMPAI TUA KE?".. aku rasa bukan aku sorang je kena soalan exam bujang-bujang kacak and cantik ni.. semua orang kena kot.. haha..

Yang ni jadi kat aku masa adik aku tunang aritu.. sebagai seorang abang yang tak cukup bekalan nak cari calon ni jalankan je la tugas aku.. sambut tetamu. Time majlis ok lagi.. dah nak balik tu mula la kena maca-macam soalan..hihi.. macam-macam soalan aku kena.. sekali dua aku ok lagi..bila dah banyak kali kena dah tak kelakar dah pon... tapi aku anggap je ni macam gurauan orang bila kenduri.

Aku bukan apa... bab-bab ni malas nak fikir dulu.. ye la...study lagi.. kerja pon takde lagi..dah sebok nak fikir kawen memang tak sesuai la.. Nak pulak zaman sekarang hantaran ngan harga kos nak hidup tinggi.. better la aku fikir untuk cari rezeki dulu lepas tu baru fikir hal-hal ni... apa-apa pon tak marah kat tetamu yang datang.. terima kasih sebab memeriahkan majlis.. ni first time rumah kitorang buat kenduri.. segala salah silap mintak maaf ye semua... hehehe... tahniah buat adik aku..dah jadi tunangan orang... semoga berjalan lancar la urusan dorang untuk kawen plak.. peace yawww... as salam..

ooo ye...katun ni takde kena mengena.. saja je ye.. lama dah tak mengkatunkan diri... hihihi


Ahad, 5 Oktober 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Dah raya oooiiittt... cepat je masa.. hehe.. Selamat menyambut hari raya haji. Tahun ni aku tak balik raya kat Port Dickson. Sebab... cuti sekejap je..kalo turun naik Penang-Port Dickson leh leper muntot dibuatnya..hahaha.. Tapi aku tak kesah sangat. Sebab nanti cuti pertengahan semester dah dekat. Leh la balik time tu.

Sempena raya ni..cam biasa laa...lukisan raya haji. Terasa nak buat situasi binatang cabut lari dari kena korban. Sebab teringat video lembu lari dari kena sembelih yang pernah viral kat Facebook dulu. Aku buat dua.. satu untuk aku..satu lagi untuk group blogger aku.. ape lagi.. KELAB BLOGGER BEN ASHAARI laaa... heheheh... k.. selamat beraya sakan. Semoga takde binatang korban yang lari dari medan perang..tataaa...



Khamis, 2 Oktober 2014

Belajar Mode is ON!

As salam... adehh.. lama tak update kat dalam blog. Dah mula sibuk dah sekarang.. semester baru. So semangat kena baru. Macam-macam benda jadi sepanjang aku tak update ni. Tapi harap-harap lepas ni rajin la up story kat sini.

Okeh nak gitau skit je.. sem kali ni aku tak dapat duduk kat asrama..full house katanya(geram nihh!!) So aku terpaksa la duduk rumah sewa. Kepala dah fikir macam-macam dah.. kot dapat rumah yang teruk macam zaman aku kerja dulu. Hati dah pasrah abis..kewangan takyah cakap aaa.. ikat perut. Rumah dah dapat..sewa mahal la jugak sebab nak cari rumah sewa murah area tempat belajar aku ni susah. TAPI... bila tengok keadaan rumah sewa ni..aku sukaaa..hahahaha..nak up gambar tapi rasa tak payah kot sebab kat instagram dah letak.. kang kompem jadi bahan Najeeb nanti hahahaha..(Blog beliau.. www.katanajeeb.com) heee..jangan marah aaa..

Hmm..sampai situ je kot.. nanti la ade masa up story lagi.. kerja dah berlambak lecturer bagi. Sem ni nak buat betul-betul sebab pointer sem lepas agak kurengggg... so faham-faham je la..kena kejar pointer best sem ni ..hehe..k jumpe lagi aaa...